Pages

2.0 BUTIK VENDOR TREND MASA KINI

PERNIAGAAN butik kini menjadi popular dan dikatakan pilihan peniaga tempatan maca saya untuk membuka butik mereka sendiri.

Ada mengatakan kewujudan peniaga kecil dan baharu atas talian (online) bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan merupakan penyebab utama mengapa butik vendor makin dikenali.

Ini kerana objektif pembukaan butik vendor itu sendiri adalah membantu peniaga baharu dan sedia ada memasarkan produk mereka selain menggunakan platform online.

Butik vendor kebiasaannya dibuka oleh seorang peniaga yang juga merupakan pemilik butik tersebut dan membawa masuk produk-produk peniaga lain ke dalam butiknya. Ia juga seperti "1 stop centre".

Misalnya pemilik butik vendor menjual pakaian wanita, jadi dia akan membawa masuk peniagaan seperti menjual tudung, kasut, aksesori, beg tangan dan juga produk makanan serta kecantikan.

Ini kerana butik vendor berkonsepkan satu butik pelbagai barang dalam memudahkan pelanggan membeli-belah sambil bersantai, malah ada yang turut menawarkan konsep butik dan kafe kepada pengunjung.




1.0 Konsep Berniaga Cara Islam

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Salam Perkenalan dari saya. Artikel pertama yang ingin saya kongsikan dengan pembaca di luar sana, semoga sama-sama kita beroleh manfaat.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang beberapa isi penting konsep perniagaan cara Islam (yang menitikberatkan soal halal haram), yang boleh kita jadikan sebagai tanda aras kita dalam menguruskan bisnes kita. 

Seperti yang kita sedia maklum, rezeki setiap manusia itu sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi, atau sejak mula manusia itu diciptakan.
Sehinggalah manusia itu menghembuskan nafas yang terakhir. Ketahuilah bahawa setiap butir rezeki yang ditakdirkan Allah kepada kita telah disusun atur oleh Allah dengan sangat teliti.
Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya, harus sentiasa bersyukur atas apa jua kurniaan dariNya. Ini sesuai dengan Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu merasa, bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah, Abdurrazzaq, Ibnu Hibban, dan al-Hakim, serta dishahihkan oleh al-Albani)

Namun begitu, timbul persoalan yang sentiasa bermain dihati,
“Kalau sudah ditakdirkan secupak, buat apa perlu kita ikhtiar lagi untuk mendapatkan segantang?”
Pendapat ini yang menjadi fahaman yang salah.
Siapakah yang tahu tentang secupak atau segantangnya rezeki seseorang. Tidak ada sesiapa yang tahu, melainkan Allah Yang Maha Memberi Rezeki.
Kita sebagai umat Islam tidak dibenarkan berfahaman sedemikian. Sebaliknya kita digalakkan untuk berusaha menggali rezeki semampunya.
Kemudian bertawakkal selepas berusaha. Menurut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)
Rezeki Allah itu adalah satu ketentuan dan tidak perlu untuk kita takut kelaparan.

Justeru itu, rezeki kita juga terletak pada sejauh mana kita usaha dan dan percaya pada setiap takdir Allah. Ok setakat ni dulu, tiada idea lagi hehe..Bye 

x