Pages

2.0 BUTIK VENDOR TREND MASA KINI

PERNIAGAAN butik kini menjadi popular dan dikatakan pilihan peniaga tempatan maca saya untuk membuka butik mereka sendiri.

Ada mengatakan kewujudan peniaga kecil dan baharu atas talian (online) bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan merupakan penyebab utama mengapa butik vendor makin dikenali.

Ini kerana objektif pembukaan butik vendor itu sendiri adalah membantu peniaga baharu dan sedia ada memasarkan produk mereka selain menggunakan platform online.

Butik vendor kebiasaannya dibuka oleh seorang peniaga yang juga merupakan pemilik butik tersebut dan membawa masuk produk-produk peniaga lain ke dalam butiknya. Ia juga seperti "1 stop centre".

Misalnya pemilik butik vendor menjual pakaian wanita, jadi dia akan membawa masuk peniagaan seperti menjual tudung, kasut, aksesori, beg tangan dan juga produk makanan serta kecantikan.

Ini kerana butik vendor berkonsepkan satu butik pelbagai barang dalam memudahkan pelanggan membeli-belah sambil bersantai, malah ada yang turut menawarkan konsep butik dan kafe kepada pengunjung.




No comments:

Post a Comment